KUALA LUMPUR 24 Jun - Setelah lebih dua bulan dilancarkan, kempen tabung Kuasa 10 Sen, Gaza Dibela - Daripada Kanak-kanak Kepada Kanak-Kanak, hari ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM143,730.10.
"Menerusi kutipan yang kita peroleh ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak Malaysia turut mengerti apa yang sedang dialami rakan-rakan mereka di wilayah itu.
Beliau berucap pada majlis penghargaan dan penyerahan cek sumbangan tabung Kuasa 10 Sen, Gaza Dibela di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Turut hadir Presiden Persekutuan Keamanan Sejagat (UPF) Malaysia, Tan Sri Zaleha Ismail dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM), Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman.
Cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Rosmah kepada Duta Palestin ke negara ini, Abdelaziz Abughoush.
Tabung tersebut yang dianjurkan oleh UPF Malaysia dan PBSM mula dilancarkan pada 9 Mac dan berakhir pada 12 Mei lalu.
Sebanyak 11,000 tabung diedarkan di sekolah-sekolah dan institusi prasekolah seluruh negara untuk mengumpul wang 10 sen.
Jelas Rosmah, sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan sekolah bagi anak-anak mangsa kekejaman Israel di Gaza.
Dalam pada itu, pada majlis tersebut, Rosmah turut mengumumkan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) akan menyumbang RM6,299.90 kepada tabung tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kutipan RM150,000.
Dim lights Embed Embed this video on your site




